Platform sisi
Platform sisi

Platform sisi

Platform sisi (Bahasa Inggeris: side platform) merupakan platform yang terletak di bahagian tepi landasan kembar di stesen keretapi, perhentian trem mahupun transit bas. Stesen berplatform dwisisi, satu platform untuk satu arah perjalanan, merupakan reka bentuk stesen asas yang digunakan untuk landasan kembar (berlawanan dengan platform tengah iaitu platform tunggal di antara landasan). Platform sisi mungkin menyediakan ruang kaki yang lebih luas daripada platform tengah di mana satu lebar platform boleh dikongsi oleh penumpang yang menggunakan salah satu landasan.[1][2]Sesetengah stesen berplatform sisi menyediakan jejantas di atas landasan ataupun laluan bawah landasan untuk menyambungkan kedua-dua platform, lebih-lebih lagi untuk landasan kembar.